Sekadar Bingkisan

Bersyukur saya kerana dapat membuat Blog Panitia Perdagangan ini. Walaupun saya tidak terpilih menyertai Program Pembinaan Blog di sekolah tapi hasil daripada tunjuk ajar sahabat-sahabat dan sifat ingin mencuba saya ini, dapatlah menghasilkan blog bagi pihak Panitia Perdagangan.

Penghasilan blog bagi setiap panitia di SMK Tun Perak ini merupakan satu transformasi yang boleh dikatakan hebat dan mengikut peredaran zaman..sekarang kan ‘dunia di hujung jari’. Tahniah kepada Tuan Pengetua kerana memberi peluang kepada guru-guru megadakan blog sendiri dan diharapkan bukan hanya sekadar untuk tahun ini sahaja malah tahun-tahun akan datang blog ini sentiasa di’update’ dan dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang mengunjungi blog panita-panitia di SMK Tun Perak.

Insya Allah…Panitia Perdagangan akan sentiasa memaparkan maklumat-maklumat terkini dan penting yang boleh dikongsi bersama….

        

AKTIVITI SEMPENA MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL TAHUN 2011

KUIZ :

diadakan sewaktu P&P bagi semua matapelajaran di bawah bidang Teknik & Vokasional seperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Perakaunan, Sains Sukan, ICT dan KH

        

       

Pertandingan Power Point :

Di bawah kelolaan Cik Gan Geok Poh  Bidang ICT diadakan di Makmal Bestari SMK Tun Perak

         

          

 

UJIAN KECERGASAN & SENAMROBIK :

Di bawah kelolaan En Jaffar (Panitia Sains Sukan) acara senamrobik diadakan di Padang SMK Tun Perak

      

        

 

AKTIVITI KEUSAHAWAN :

Di bawah kelolaan Puan Suhaila Khalid (panitia Perdagangan) pelajar-pelajar membuka gerai jualan untuk melatih pelajar mempunyai semangat usahawan. diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu (8 dan 9 April 2011)